بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Man Jadda Wa jada,"Who is earnest, he will succeed .. who is patient, will be lucky"
. Kita hanya mampu merancang, yang menentukan hanya Allah yang Maha Esa. Usah bersedih jika kehilangan dunia yang sedikit berbanding akhirat yang kekal abadi. Janji Allah itu PASTI ! In Shaa Allah
*this side is combination of Arts and the story of life . something that I wanna shared with you .
1. Unnecessary Talking Umar Ibn al-Khattab, may Allah be pleased with him, said: "A person who talks too much is a person who often makes mistakes, and someone who often makes mistakes, often has wrong actions. The Fire has a priority over such a frequent sinner." 2. Unrestrained Glances It has been related that the Prophet (s) once said words to the effect: "The glance is a poisoned arrow of shaytan. Whoever lowers his gaze for Allah, He will bestow upon him a refreshing sweetness which he will find in his heart on the day that he meets Him." 3. Too Much Food Al-Miqdam ibn Ma'd Yakrib said: "I heard the Messenger of Allah (s) say: "The son of Adam fills no vessel more displeasing to Allah than his stomach. A few morsels should be enough for him to preserve his strength. If he must fill it, then he should allow a third for his food, a third for his drink and leave a third empty for easy breathing." 4. Keeping Bad Company Allah's Apostle said: "The example of a good companion (who sits with you) in comparison with a bad one, is I like that of the musk seller and the blacksmith's bellows (or furnace); from the first you would either buy musk or enjoy its good smell while the bellows would either burn your clothes or your house, or you get a bad nasty smell there of."
Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
-------- p/s: Berapa ramai antara kita, keluarga kita, sahabat2 kita yang selamba menjual iman dan maruah islam dengan harta dunia? kredit : syahirul.com via facebook