BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 5 April 2013

Four Poisons Of The Heart




1. Unnecessary Talking 

Umar Ibn al-Khattab, may Allah be pleased with him, said: "A person who talks too much is a person who often makes mistakes, and someone who often makes mistakes, often has wrong actions. The Fire has a priority over such a frequent sinner." 

2. Unrestrained Glances 

It has been related that the Prophet (s) once said words to the effect: "The glance is a poisoned arrow of shaytan. Whoever lowers his gaze for Allah, He will bestow upon him a refreshing sweetness which he will find in his heart on the day that he meets Him." 

3. Too Much Food 

Al-Miqdam ibn Ma'd Yakrib said: "I heard the Messenger of Allah (s) say: "The son of Adam fills no vessel more displeasing to Allah than his stomach. A few morsels should be enough for him to preserve his strength. If he must fill it, then he should allow a third for his food, a third for his drink and leave a third empty for easy breathing." 

4. Keeping Bad Company 

Allah's Apostle said: "The example of a good companion (who sits with you) in comparison with a bad one, is I like that of the musk seller and the blacksmith's bellows (or furnace); from the first you would either buy musk or enjoy its good smell while the bellows would either burn your clothes or your house, or you get a bad nasty smell there of."

Tuesday, 1 January 2013

Hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen




Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

--------
p/s: Berapa ramai antara kita, keluarga kita, sahabat2 kita yang selamba menjual iman dan maruah islam dengan harta dunia?
kredit : syahirul.com via facebook

Thursday, 27 December 2012

Aurat Dan Pandangan



Tentang gambar ini ada dua perkara yang ana nak sentuh :

Pertama :


"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
(Al-Ahzab : ayat 33)

Jadi ayat ini seolah-olah ingin mengatakan bahawa rumah adalah tempat yang paling baik dan selamat bagi seseorang wanita. Jika mereka terpaksa keluar kerana ada kecemasan atau keperluan, mereka hendaklah menjaga kehormatan dirinya dan menjauhi tabarruj. Secara khusus ayat al-Quran di atas ditujukan kepada para Ummahat al- Mukminin (isteri-isteriNabi Muhammad s.a.w.). Namun begitu, secara umumnya ia juga ditujukan kepada seluruh wanita Islam. Ini kerana isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. adalah ibu-ibu bagi semua orang Islam. Mereka adalah contoh tauladan kepada orang lain. Iaitu kepada semua wanita Islam padasemua zaman dan tempat.

Al-Qurtubi telah berpendapat, erti ayat “tinggallah di rumah-rumah kamu” adalah perintah supaya menetap di rumah. Walaupun ia ditujukan kepada isteri-isteri Nabi tetapi wanita-wanita lain pun termasuk di dalamnya, sekalipun tiada dalil serupa yang ditujukan kepada semua wanita. Ia dapat difahami betapa banyaknya peraturan-peraturan dalam Islam yang memerintahkan agar kaum wanita tetap tinggal di dalam rumah. Keluar dari rumah harus hukumnya hanya dalam keadaan darurat dan mengikut keperluan.

Kedua :

Berkata Syaikh Muhammad Amin, "Dengan demikian engkau mengetahui bahawa firman Allah (Dia mengetahui pandangan mata yang khianat) [QS 40 ayat 19] merupakan ancaman terhadap orang yang khianat dengan pandangannya iaitu dengan memandang kepada perkara-perkara yang tidak halal baginya"
[Adhwaul Bayan, tafsir surat 24/31]

Berkata Ibnu Abbas menafsirkan ayat ini (Dia mengetahui pandangan mata yang berkhianat) [QS 40 ayat 19], "Seorang lelaki berada bersama sekumpulan orang. Kemudian lewatlah seorang wanita maka lelaki tersebut menampakkan kepada orang-orang yang sedang bersamanya bahawa dia menundukkan pandangannya, namun jika dia melihat mereka lalai darinya maka dia pun memandang kepada wanita yang lewat tersebut, dan jika dia takut ketahuan maka dia pun kembali menundukkan pandangannya. Dan Allah telah mengetahui isi hatinya bahawa dia ingin melihat aurat wanita tersebut."
[Dzammul Hawa hal 65]

Jangankan memandang paras ayu sang wanita, bahkan memandangnya dari belakangnya sahaja, atau bahkan hanya memandang bentuknya saja boleh menimbulkan fitnah. Akan datang syaitan dan mula menghiasi sekaligus mencemarkan benak lelaki yang memandangnya dengan apa yang ada di balik bentuk tersebut. Jelaslah pandangannya itu mendatangkan syahwat.

Berkata Al-'Ala' bin Ziyad, 
"Janganlah engkau mengikutkan pandanganmu pada pakaian seorang wanita. Sesungguhnya pandangan menimbulkan syahwat dalam hati"

Demikianlah sangat takutnya para salaf akan bahayanya tidak menjaga pandangan, dan perkataan mereka ini bukanlah suatu hal yang berlebihan, walaupun bahaya itu pun boleh kita rasakan. Namun yang sangat menyedihkan masih ada di antara kita yang merasa dirinya aman dari fitnah walaupun tidak menjaga pandangannya. Hal ini tidaklah lain kecuali kerana dia telah terbiasa melakukan maksiat, terbiasa meliar pandangannya, sehingga kemaksiatan tersebut terasa ringan di matanya. Dan ini merupakan ciri-ciri orang munafik.

Berkata Abdullah bin Mas'ud ra: "Seorang mu'min memandang dosa-dosanya seperti gunung yang ia berada di bawah gunung tersebut, dia takut (bila-bila masa) gunung tersebut jatuh menimpanya. Adapun seorang munafik memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang terbang melewati hidungnya lalu dia pun mngusir lalat tersebut. "
[Shahihul Bukhari no 6308]

Kesimpulannya :

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman : Katakanlah kepada para lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka lakukan", dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka .....Hingga firman Allah di akhir ayat ... Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kalian berjaya.
(An-Nuur : ayat 30-31)

Tidak ada yang lebih dari para wanita dalam hal melalaikan akal seorang lelaki yang tegas, lalu bagaimana dengan lelaki yang lemah, tidak mempunyai ketegasan, tidak mempunyai semangat, tidak mempunyai agama dan kejantanan? Tentunya lebih parah lagi.

Oleh kerana itu setelah Allah memerintah kaum mukminin untuk menundukkan pandangan Allah berfirman : "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kalian berjaya."
Maka wajib atas kita untuk saling menasihati untuk bertaubat dan hendaknya saling memperhatikan antara satu dengan yang lain apakah seseorang diantara kita telah bertaubat atau masih sentiasa tenggelam dalam dosa-dosanya, kerana Allah mengarahkan perintah untuk bertaubat kepada kita semua. "
[Lihat Syarah Riyadhus Shalihin, awal bab taubat]

Perintah Allah secara khusus untuk bertaubat dari tidak menjaga pandangan mata menunjukkan bahawa hal ini bukanlah perkara yang remeh. Pandangan mata merupakan awal dari pelbagai macam malapetaka. Barangsiapa yang semakin banyak memandang kecantikan seorang wanita yang bukan mahramnya maka semakin dalam kecintaannya kepadanya hingga akhirnya akan menghantarkannya kepada jurang kebinasaannya, Wal 'iyadzu billah…
[Adhwaul Bayan, tafsir surat 24/31]

Saturday, 15 December 2012

Realiti Kehidupan



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, sahabat skalian..skadar p'kongsian harap dpt manfaat lah walaupun x byk skit pun jd lah ye..

ada sekor kera yg suka b'pegang/ bgayut/ bmain2/ whatever lah kn kat sbatang pokok..
pastu ada la 4 jnis angin: angin ribut, angin taufan, angin tornado n angin sepoi2 bhsa..
tetiba, angin ni x tau kenapa nak kacau kera ni, nak bg kera ni jatuh dri pokok tu..
so, angin ribut ni try la..dia tiup2, kera tu bpgang dgn kuatnya pd pokok tu..so, fail lah angin ribut ni nak jatuhkan kera..
angin taufan dgn 'ek' nya pulak try la..tiup2, si kera ni pgang lg kuat kt pokok..so, fail jgk..huhu
angin tornado plk try..tiup2, si kera ni pgang lg2 kuat kat batang pokok tu..so, x jatuh gak..
angin sepoi2 bhsa lak kata dgn humblenya..(ceh!) "meh aku try lak.."
yg 3 jnis angin tu gelak la "kahkahkah" kat angin sepoi2 bhsa ni..ye la kn, mereka 3 jnis angin yg t'kuat pn xdpt nak jatuhkn si kera tu, ni apatah lg angin sepoi2 bhsa yg lembut m'damaikn, kn?
angin sepoi2 bhsa jwb, "xpe biaa la aku try dlu.."
angin sepoi2 bhsa pun b'tiup nyaman, m'buai si kera td..si kera pn tdkla lg bpgang dgn kuat pd pokok tu krna angin yg dtg itu sungguh mmbuatkn dia terlena..lalu kera td pn jatuh..
3 jenis angin td pn tercengang..
THE END~

apa matlamat cerita td?
cerita di atas adalah analogi kpd kehidupan kita sndri sbenarnya..
kera td-kita la..
3 jnis angin-ujian kesedihan yg dberi oleh ALLAH pd kita(angin ribut-rendah,angin taufan-sederhana, angin tornado-berat)
angin sepoi2 bhsa-pun ujian jgk, tp ujian nikmat yakni KESENANGAN
pokok-KEBERGANTUNGAN KITA PD ALLAH S.W.T

kita dapat lihat mlalui cerita tdi bahawa smakin berat ujian kesedihan yg dbri oleh ALLAH pda kita, mampu mnjadikn kita smakin kuat bgantung pd ALLAH..sapa bila sedih xngadu pd ALLAH? xda asanya kn..? semua akan kembali ngadu kt ALLAH mngenai ksedihan yg dialami, mnta dberi kekuatan menghadapi ujian dan sbgnya..yg mampu mendidik diri kita supaya smakin b'taqwa pd ALLAH..

tapi sebenarnya ujian yg paling mencabar adlh ujian kesenangan, krna apbila kita senang, kita cpt saja LUPA pada ALLAH.. (mgkn x suma org mcm ni kn, tp majoritinya, begitulah..) kan kadang2 t'lupa ALLAH ni bila happy, bla dpt nikmt..lgsung x beringat pun kan ? hurm.. :( na'uzubillah..

justeru, berhati-hatilah dgn nikmat yg ALLAH kurniakn pd kita..nikmat boleh jdi rahmat, boleh jgk jd penyebab dosa..
skadar peringatan utk diri aku dan sahabat2..
salam muhasabah dan hijrah~  :)

ARTWORK STPM

Tittle : PERHITUNGAN(22 Mac 2012)
Genre : Action and Drama
Period : Melayu Purbawara
Pentagonis Character : Pawan
Antagonis Character : Sang Kelana
Wise Character : Princes Karwaki

comic cover
Page 2



Question Of Life



KENAPA AKU DIUJI?
Surat Al-Ankabut: 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

BAGAIMANA MENGATASI RASA PUTUS ASA?
Surah Al-Imran ayat 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI...!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir.”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP ?
Surah Al-Imran ayat 200“
Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”

APA JALANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46
”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan sOlat. Dan (sOlat)itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.”

SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
Surah Ali Imran: 173
“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada AIlah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

APA BALASAN ATAU HIKMAH DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mau pun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

*semoga kita tetap tabah menghadapi ujian, dugaan dan cabaran hidup. Insya Allah, Allah bersama kita. Aamiin ya Rabb.

Sunday, 9 December 2012

Servant Of Allah




People who love his Robb,
Himself will not complaining when he be stricken by test ,
Because he was convinced of his God love ..

People who love his Robb more than everything,

Not depressed when the person their love was confiscated,
Because even though he lost it,
He still have love by Allah .. 

People who really appreciate his love for his Robb,

Always tough to Him,
Patience through a test,
Because he knows the test is overreach from Allah ..

People really love his Robb,

Also expect happiness in the world,
But if their cannot have it,
He expected the beauty in somewhere, maybe in Akhirat...
Because the world is just a loan,
And he just a 'borrowing goods',
Borrowed for temporary in this world ..

*wake up !